Institut Integriti Malaysia (IIM) telah memenuhi jemputan ke Majlis Hari Integriti K-Komm Tahun 2022 sempena Bulan Integriti Nasional anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pada 15 November bertempat di Kompleks K-Komm, Putrajaya.

Pengurus Besar Khidmat Korporat IIM, En. Mahummar Gadaffi Sorilaut bin Omar turut hadir ke majlis ini bagi menzahirkan komitmen dan sokongan IIM kepada aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh K-Komm sepanjang sambutan Bulan Integriti Nasional 2022.

Antara pengisian majlis termasuklah sesi lafaz ikrar bebas rasuah yang disampaikan oleh KSU KKMM, penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan Hari Integriti K-Komm 2022 serta persembahan video dan deklamasi sajak oleh warga kerja Kementerian.