YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyempurnakan Sesi Townhall bersama seluruh warga IIM dan seterusnya diikuti dengan Majlis Doa Selamat bagi mensyukuri kelancaran pemindahan ke premis baharu IIM pada 8 Mei 2023.

Pada sesi townhall ini, Datuk KPE telah menzahirkan kesyukuran atas kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh seluruh warga IIM ketika proses pemindahan ini berlangsung. Tambah beliau, kebajikan dan keselamatan warga kerja adalah menjadi keutamaan ketika ini.