Institut Integriti Malasyia (IIM) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan, IIM (KESKIM) telah menganjurkan Majlis Bacaan Yassin dan doa selamat sempena menyambut kedatangan bulan Syaaban 1444H pada 2 Mac 2023.
Di dalam majlis tersebut, warga IIM turut berdoa memohon kesejahteraan dan kesembuhan buat warga IIM yang diuji dengan masalah kesihatan agar diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.
Majlis yang diadakan secara atas talian ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk KPE, pengurusan tertinggi serta warga kerja IIM termasuk ahli keluarga.

