Majlis Apresiasi Panel Penilai bagi Anugerah Integriti, Governans Dan Antirasuah (AIGA) 2022 telah diadakan pada 28 September 2022 di Auditorium Institut Integriti Malaysia (IIM).

Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wan Suraya Binti Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE), IIM.

Seramai 25 Ahli Panel Penilai luar dari pelbagai agensi termasuk NGO menerima Sijil Penghargaan daripada YBhg Datuk KPE sebagai tanda appresiasi membantu IIM dalam melaksanakan proses penilaian AIGA kepada 115 agensi dari sektor awam dan swasta pada tahun ini.

Majlis Penganugerahan AIGA dijadualkan pada 5 November 2022 dan akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia.