Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah hadir ke Majlis Anugerah Perhubungan Awam Malaysia (MPRA) 2022 yang telah diadakan di Kuala Lumpur Sentral pada 9 Disember 2022.

Beliau merupakan salah seorang daripada ahli panel hakim Anugerah tersebut pada tahun ini yang bertujuan memupuk kecemerlangan industri perhubungan awam di Malaysia.

Turut menerima anugerah pada tahun ini adalah YBhg. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, Presiden MERCY Malaysia dan YBhg. Dato’ Sri Siti Nurhaliza atas sumbangan mereka kepada negara dalam bidang industri masing-masing.