Majlis Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2022 yang julung kali dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM), telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri mewakili YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 18 Januari 2023.

AIGA adalah satu anugerah yang dibangunkan oleh IIM bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai organisasi sektor awam dan swasta yang telah menzahirkan komitmen serta usaha dalam pembudayaan dan pengamalan integriti serta tata kelola terbaik.

AIGA juga merupakan penanda aras yang membolehkan organisasi mengukur keberkesanan inisiatif yang dilaksanakan bagi meningkatkan integriti dalam organisasi, sistem pengurusan dalaman berfokuskan kepada tadbir urus terbaik serta sistem kawalan dalaman bagi mengekang berlakunya rasuah dalam organisasi.

Pendaftaran AIGA 2023 kini telah dibuka. Semua organisasi awam dan swasta dijemput untuk bersama-sama dalam usaha pemantapan inisiatif integriti dan tata kelola dalam sesebuah organisasi. Borang permohonan kini boleh dimuat turun melalui www.aiga.my.

The inaugural Integrity, Governance and Anti-Corruption (AIGA) Awards 2022 organised by the Malaysian Institute of Integrity (IIM) was officiated by YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, the Deputy Prime Minister, representing the YAB Prime Minister, Dato’ Seri Anwar Ibrahim on 18 January 2023.

AIGA is an award created by IIM aimed at recognising and appreciating the public and private sector that have shown commitment and effort in cultivating integrity and good governance practices.

AIGA is also a benchmark that allows organizations to measure the effectiveness of initiatives implemented to improve integrity in their respective organisations, internal management system focused on the good governance and the internal control system to curb corruption in any organisation.

AIGA 2023 registration is now open. All public and private sectors are invited to participate as parts of efforts to strengthen integrity and good governance practices in their individual organisations. The application form can now be downloaded via www.aiga.my.