Majlis Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah 2020 (AIGA2020) anjuran IIM dengan Kerjasama Yayasan Pahang telah berlangsung pada 26 Oktober 2021 merupakan satu inisiatif meningkatkan pembudayaan integriti dan tadbir urus, menerusi pemberian pengiktirafan dan penghargaan kepada sektor awam dan swasta yang menzahirkan komitmen dalam pembudayaan integriti, tadbir urus terbaik, dan inisiatif antirasuah dalam organisasi.
AIGA2020 yang julung kali diadakan ini telah menerima 41 penyertaan dari pelbagai organisasi di Pahang dan Anugerah Emas diterima oleh Majlis Daerah Cameron Highland, Pahang Skills Development Center dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang.
Ketua Pegawai Eksekutif IIM, Puan Nor’afiza Saim berharap penganjuran AIGA dapat mewujudkan satu persaingan yang sihat dimana ianya akan memberi ruang dan peluang untuk semua organisasi yang menyertainya berinteraksi dan berkongsi pengalaman mereka untuk memperbaiki lagi usaha dan inisiatif yang dijalankan dan membantu Malaysia memperbaiki kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada masa akan datang.
#AIGA2020#institutintegritimalaysia