YBhg. Datuk KPE turut hadir ke Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara yang diadakan di Auditorium JPA, Putrajaya pada 9 Februari 2023.

Di dalam sesi tersebut, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri KSN telah memberikan peringatan tentang kepentingan Perkhidmatan Awam sebagai sebahagian dari jentera ekonomi. Kejayaan sesuatu dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan amat bergantung kepada kecekapan dan keupayaan penjawat awam dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Justeru, agenda Malaysia MADANI mesti didokong oleh seluruh Perkhidmatan Awam merentasi Kementerian dan Agensi.

Turut diketengahkan adalah konsep The G.R.E.A.T. Civil Service yang merujuk kepada Good Governance, Responsible, Empathy, Accountability dan Tenacity of Purpose. Konsep GREAT ini mesti difahami, dijiwai dan diamalkan oleh segenap lapisan Perkhidmatan Awam ke arah membina Negara yang madani, maju dan sejahtera.