Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan sesi libat urus perniagaan bersama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) pada 28 Ogos 2022.
Perbincangan menjurus kepada pelbagai bentuk kerjasama memperkukuhkan budaya integriti antara IIM dan PKINK.
Antaranya, PKINK telah menyatakan hasrat untuk mendapatkan perkhidmatan IIM dalam pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) dan penganjuran sesi taklimat berkaitan Seksyen 17A kepada 11 anak syarikatnya.
IIM diwakili oleh En. Mohd Rais Ramli, Ketua Seksyen Pemasaran dan Jualan manakala PKINK diwakili oleh Pn. Ahlaami Abdul Halim, Pengurus Kanan, Perundangan & Integriti dan Puan Azwa Hilmah Ahmad, Pegawai Tadbir, Perundangan & Integriti.
