Lawatan sambil belajar oleh Jawatankuasa Induk dan Task Force bagi Memantau Integriti dan Keselamatan Ubat-ubatan Hak Milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke IIM telah diadakan di Bilik Bijaksana, Institut Integriti Malaysia (IIM) pada 20 Oktober 2022.

Sesi ini telah dipengerusikan oleh Tn Hj Hamilye Sham Harun, Pengurus Besar Kanan (Operasi) IIM.

Dalam platform ini juga turut dikongsikan hala tuju IIM yang baharu serta produk-produk IIM yang relevan bagi membantu Jawatankuasa ini mencapai hasrat dalam memperkasakan integriti. Seramai 11 orang jawatankuasa dari KKM telah menghadiri sesi tersebut.

Turut hadir dalam sesi ini adalah En Mohd Rais Ramli, Ketua Seksyen Pemasaran dan Strategik Korporat, Encik Fison Hamdi Ahmad, Ketua Seksyen Advokasi dan Latihan dan Puan Alida Mahmod, Ketua Seksyen Penilaian Instrumen Integriti.