YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah mengadakan lawatan kerja libat urus dan kunjungan hormat ke atas YB Dato’ Dr. Ahmad Jailani bin Mohammed Yunus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Dalam perbincangan yang diadakan, pihak IIM telah berkongsi mengenai penganjuran pertandingan Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2022 Peringkat Kebangsaan dan menggalakkan penyertaan syarikat-syarikat MNC, PLC, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Pulau Pinang.