YBhg. Datuk KPE telah mengadakan sesi lawatan kerja ke Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Jabatan Premier Sarawak pada 7 Mac 2023.
Sesi kunjungan hormat tersebut telah disambut oleh YB Dato’ Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya, Timbalan Menteri (Integriti dan Ombudsman) di Jabatan Premier Sarawak dan turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Semawi Mohammad, Pengarah UNIONS.
Sesi tersebut menjurus kepada pembentangan dan perbincangan pelaksanaan beberapa cadangan modul baharu seperti Modul Integriti Penguat Kuasa Sarawak (MIP), Modul Kepimpinan Masyarakat serta pelaksanaan Bengkel Train of Trainers (tot) untuk program CIB IIM yang telah dilaksanakan bersama-sama sejak tahun 2022 dan akan diperluaskan pada tahun ini.






