Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) bagi membincangkan pembangunan dan pelaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) LKTN pada 19 Jun 2022.
IIM telah diwakili oleh En. Rais Ramli, Ketua Seksyen Pemasaran dan Jualan IIM bersama Ketua Pengarah LKTN, Tuan Haji Idris bin Mohd Salleh dan Ketua Unit Integriti LKTN.
Pelan OACP yang akan dibangunkan ini kelak akan dikuatkuasakan di cawangan-cawangan negeri LKTN termasuk Institut Latihan LKTN di Pasir Puteh, Kelantan.

