Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan lawatan kerja ke Bahagian Integriti dan Tadbir Urus (BITU), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pada 19 Jun 2022.
Perbincangan menjurus kepada pembangunan dan pelaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) BITU yang akan melibatkan 23 jabatan/ agensi di bawah pentadbiran negeri Kelantan.
IIM diwakili oleh En. Mohd Rais Ramli, Ketua Seksyen Pemasaran dan Jualan bersama Cik Nadia Azmin, Pegawai Pemasaran. Dari pihak BITU pula diwakili oleh Encik Wan Fahazil Bin Wan Mohamad Jaffar, Pengarah BITU.

