YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan lawatan kerja ke atas YH Dato’ Mahmud Mohd Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang di Kompleks Yayasan Pahang, Kuantan pada 4 Oktober 2022.
Antara perkara yang dibincangkan termasuklah usaha untuk memperkukuhkan kerjasama strategik antara IIM dan Yayasan Pahang dengan cadangan pelaksanaan modul-modul baharu yang boleh dilancarkan oleh IIM kepada anak-anak syarikat YP yang berkenaan. Pihak IIM turut berkongsi mandat dan hala tuju baharu IIM dalam agenda Integriti negara.
Selain itu, pihak IIM juga telah bersetuju untuk memeteraikan Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Universiti Kolej Yayasan Pahang (UCYP) dalam pelbagai bidang penyelidikan dan penerbitan termasuklah perkhidmatan perpustakaan serta penempatan tenaga pengajar dan pelajar di IIM.





