YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima lawatan kerja daripada YBrs. Prof. Madya Dr. Siti Zubaidah binti Othman, Pengarah Jaringan Industri, Pusat Kerjasama Universiti Industri (CUIC) Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 9 November 2022 bertempat di Menara Integriti, IIM.
Dalam sesi pertemuan ini telah dibincangkan pelbagai cadangan kerjasama strategik yang akan dibangunkan antara IIM dan UUM dalam masa terdekat.
Ini selari dengan mandat baharu IIM untuk memfokuskan kepada tiga teras utama iaitu Pendidikan, Advokasi dan Latihan; Penyelidikan dan Penerbitan; dan Kerjasama Strategik.
IIM juga mengalu-alukan penempatan pelajar dari Institut Pengurusan Risiko, UUM bagi menjalankan latihan amali di IIM.
Turut hadir dari UUM adalah YBrs. Dr. Norizan binti Haji Azizan, Timbalan Pengarah Jaringan Industri, CUIC manakala IIM turut diwakili oleh barisan Pegawai Pengurusan.



