YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima lawatan kerja daripada YBhg. Dato’ Zainal Azman bin Abu Seman, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 22 April 2022.
Delegasi ini juga turut disertai oleh YBhg. Dato’ Pauzan bin Ahmar, Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi, Institut Tadbiran Awam (INTAN) dan barisan pegawai pengurusan tertinggi INTAN dan juga JPA.
IIM dan JPA akan mengadakan kerjasama pintar dalam memperkasa integriti dalam kalangan penjawat awam dari peringkat sokongan sehinggalah ke pengurusan tertinggi.

