Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM), YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, telah mengadakan lawatan kerja dan kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk Redza Rafiq Abdul Razak, Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) pada 29 Jun 2022 di Ipoh, Perak.
Perbincangan yang diadakan antara lain menjurus kepada kerjasama strategik program integriti dan tadbir urus dalam kalangan agensi-agensi di bawah PKNPk. Turut dibincangkan ialah pelaksanaan Modul 17A Akta SPRM 2009 dan Tatacara Mencukupi kepada syarikat-syarikat milikan PKNPk.
