YBhg. Datuk KPE IIM telah mengadakan lawatan ke lokasi program rintis Pembangunan Integriti Bersama Komuniti (CIB IIM) di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) pada 7 Mac 2023 bertempat di Kejiranan Mesra Bandar Baru Semariang, Kuching, Sarawak.
Dalam lawatan tersebut, YBhg. Datuk KPE sempat mengadakan pertemuan ringkas dengan wakil-wakil Joint Working Group (JWG) yang dihadiri seramai 30 orang terdiri daripada wakil penduduk, kontraktor dan Pegawai Awam DBKU.


