Terima kasih diucapkan kepada rombongan daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak (MTCP) yang diketuai oleh Puan Norazeyan binti Daud, Ketua Unit Integriti MTCP yang telah mengadakan lawatan penanda aras ke Institut Integriti Malaysia (IIM) pada 9 September 2022, untuk mendapatkan pendedahan yang lebih jelas berkaitan pelaksanaan proses audit dalaman serta pensijilan Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS).

Sesi selama sejam setengah ini dipenuhi dengan perkongsian pengalaman IIM yang diketuai oleh En. Mohd Hafizdi Mohd Akhir, Ketua Seksyen Pengurusan Integriti IIM dalam mendapatkan pensijilan ABMS serta soal jawab berkaitan pengauditan.