Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan sesi Latihan Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Tatacara Mencukupi-Inisiatif 6.2.4 kepada 10 orang wakil pengurusan Lembaga Pelabuhan Johor, Golden Tusks Sdn. Bhd., Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan Pos Malaysia Berhad pada 19 September 2022.

Sesi latihan telah memfokuskan kepada pemahaman berkenaan Liabiliti Korporat di bawah Seksyen 17A dan mengaplikasikan kaedah dan elemen “T.R.U.S.T” dalam pelaksanaan Tatacara Mencukupi.

Latihan yang diadakan di Bilik Etika, IIM ini telah dikendalikan oleh Konsultan Seksyen Advokasi dan Latihan IIM, Pn Munah Abdul Aziz.