Latihan Seksyen 17A Akta SPRM dan Tatacara Mencukupi telah diadakan pada 9 November 2022 bertempat di Dewan Murni IIM.
Sesi latihan ini telah memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan peruntukan Seksyen 17A Akta SPRM (Liabiliti Korporat) serta keperluan Garis Panduan Tatacara Mencukupi secara terperinci dan penerangan berkaitan strategi, kaedah dan elemen pencegahan rasuah dengan berpandukan ‘Prinsip T.R.U.S.T.’.
Latihan awam ini telah dihadiri oleh 11 orang peserta yang mewakili Terengganu Incorporated Sdn Bhd, Trans Certification International Sdn Bhd, Prasarana Malaysia Berhad, Jambatan Kedua Sdn Bhd dan Ketengah Holdings Sdn Bhd. Sesi ini telah dikendalikan oleh Puan Wan Nabilah Meor Mohd Jamil, Konsultan IIM.

