Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan sesi latihan Modul Integriti Penguat Kuasa (MIP) kepada wakil pengurusan Majlis Perbandaran Kulim (MPKK), Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) serta Perbadanan Aset Keretapi (RAC) pada 22 November 2022.
Sesi latihan telah diadakan di Bilik Etika, IIM dan telah dihadiri seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai penguat kuasa MPKK, MPJL dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Pelaksana RAC.
Objektif latihan adalah untuk meningkatkan etika dan integriti pegawai penguat kuasa yang menjurus kepada peningkatan reputasi agensi penguatkuasaan di negara ini serta meningkatkan iltizam pegawai penguat kuasa agar tidak melibatkan diri dalam salah laku integriti.
Sesi latihan telah disampaikan oleh Pn Munah Abdul Aziz, Konsultan Seksyen Advokasi dan Latihan, IIM.



