Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan sesi Latihan Ethics & Integrity (E&I) secara dalam talian pada 31 Oktober 2022.

Sesi ini telah dihadiri oleh 11 orang peserta yang terdiri daripada Maahad Tahfiz Negeri Pahang, RT Development and Engineering Sdn. Bhd., International Conference & Exhibition Professionals, FELCRA Berhad, Terengganu Incorporated Sdn. Bhd., Perak Agro Management Services Sdn. Bhd., Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan Azita Consultancy.

Latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman mendalam berkenaan dengan konsep dan definisi etika dan integriti; proses membuat keputusan secara beretika dan berintegriti; dan juga proses pembudayaan etika dan integriti kepada para peserta.

Sesi latihan telah disampaikan oleh Pn Munah Abdul Aziz, Konsultan Seksyen Advokasi.