Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan sesi Latihan Ethics & Integrity (E&I) kepada kakitangan Petronas CariGali Malaysia pada 31 Oktober dan 1 November 2022 bertempat di Miri, Sarawak.
Latihan ini telah dihadiri seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada Sarawak Asset Integrity Ambassador dan Sensitive Position yang mana peserta-peserta ini telah dilantik sebagai Intergrity Ambassador.
Objektif latihan ini adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman terhadap latihan asas E&I berkaitan konsep dan definisi etika dan integriti, kaedah membuat keputusan secara beretika dan berintegriti dan kaedah menyelesaikan isu berkaitan etika dan integriti.
Sesi latihan telah disampaikan oleh En Suhaimi Mohd Noh dan Puan Zarina Mohamad Amin, Konsultan Kanan Seksyen Advokasi dan Latihan IIM.

