Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan sesi Latihan “Do The Right Thing” kepada Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Pelaksana pada 6 September 2022.

Sesi yang dijalankan secara dalam talian ini telah dihadiri oleh peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi perkhidmatan awam dan swasta seperti Majlis Getah Malaysia (MRC), Pejabat KDYMM Sultan Pahang, Sabah Energy Corporation Sdn Bhd, Lembaga Pelabuhan Miri dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Tujuan latihan ini adalah untuk memberi pendedahan dan pemahaman berkenaan aspek integriti dan etika ketika menjalankan tugas sebagai penjawat awam dan juga swasta. Sesi latihan telah disampaikan oleh Konsultan Seksyen Advokasi dan Libat Urus IIM, Pn Munah Abdul Aziz.