Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput oleh International Youth Centre (IYC) untuk menyampaikan Latihan bertajuk “Do The Right Thing” pada 27 Julai 2022 di Bilik Latihan IYC, Kuala Lumpur.

Sesi latihan ini telah dihadiri seramai 33 orang peserta. Latihan telah dikendalikan oleh Konsultan Seksyen Advokasi dan Libat Urus IIM, Encik Suhaimid Mohd Noh dan Encik Abdul Rahman Abdullah.