Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan latihan awam mengenai Pembangunan & Penggubalan CRA OACP pada 8 November 2022 secara dalam talian.

Objektif latihan awam ini antara lain adalah bagi memberikan gambaran mengenai pembangunan dan penggubalan Pelan Antirasuah di peringkat organisasi masing-masing.

Taklimat ini telah dihadiri oleh seramai 11 wakil daripada pelbagai agensi seperti Exim Bank, KETENGAH, Perbadanan Perpustakaan Awam Johor, Majlis Perbandaran Muar, Majlis Perbandaran Kuala Langat, UTAR, Permint Granite Sdn Bhd, Pmint Urus Sdn Bhd, Maahad Tahfiz Negeri Pahang dan Akademi Binaan Malaysia.

Sesi taklimat ini telah dikendalikan oleh Puan Nurul Fadzliyanie Mohd Razif dari Seksyen Pengurusan Integriti IIM dengan dibantu oleh Encik Muhamad Khairul Aman Baharum dari Seksyen Perancangan dan Strategik Korporat IIM.