Institut integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan Kursus Penilaian Risiko Rasuah (CRA) pada 28-29 September 2022.
Kursus yang dilaksanakan secara dalam talian ini telah dihadiri peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta seperti Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, Alhijrah Media Corporation, Institut Kefahaman Islam, Far East Holding Berhad, Biden Electronic Malaysia, Biotropics Malaysia dan Azita Consultancy.
Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan asas dalam pelaksanaan penilaian risiko rasuah dan pelan tindakan.
Para peserta juga diberi tugasan untuk memastikan pemahaman mereka berkaitan konteks penilaian risiko dalam pencegahan rasuah dan mengetahui cara untuk membangunkan pendaftaran risiko rasuah bagi organisasi.

