Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan Kursus Pengurusan dan Penyediaan Bahan Promosi dan Publisiti di Media Massa dan Media Sosial pada 8 April 2022. Program ini melibatkan seramai 20 orang pegawai IIM.
Sesi yang dijalankan secara interaktif ini melibatkan beberapa modul asas yang menjelaskan tentang peranan dan fungsi media massa dalam menyampaikan mesej tentang peranan dan objektif IIM disamping mempromosi dan mempublisitikan produk dan perkhidmatan IIM.
Selain itu, beberapa aktiviti latihan dalam kumpulan telah dilaksanakan untuk melihat tahap kefahaman dan keberkesanan pembelajaran yang telah dilaksanakan sepanjang sesi kursus.
Diharapkan dengan adanya kursus ini, warga kerja IIM yang terlibat dapat meningkatkan lagi prestasi dan produktiviti mereka. Kursus intensif ini akan diadakan sebanyak tiga siri sehingga 22 April 2022.


