Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Kursus Pemantapan Integriti Perkhidmatan Awam anjuran Perbendaharaan Negeri Selangor (PNS) pada 20 Februari 2023 bertempat di Shah Alam.
Kursus ini bertujuan untuk mengukuhkan dan memantapkan kefahaman mengenai konsep etika dan integriti melalui pembudayaan amalan terbaik berdasarkan nilai-nilai murni.
Seramai 83 warga PNS yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan juga Kumpulan Pelaksana telah hadir. Turut sama adalah Pegawai Kewangan Negeri Perbendaharaan Negeri Selangor, YB Dr. Ahmad Fadzli Bin Ahmad Tajuddin.
Kursus telah disampaikan oleh Puan Munah Abdul Aziz, Konsultan IIM.


