Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah membuat kunjungan ke pejabat YBhg Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, President & Group CEO, UMW Holdings Berhad di Menara UMW, Kuala Lumpur pada 15 Disember 2022.

Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan antara IIM dan UMW Holding dalam memperkasakan tadbir urus baik dan pembudayaan integriti di peringkat korporat.

KPE IIM telah berkongsi tentang beberapa program dan perkhidmatan baharu yang telah dilaksanakan oleh IIM seperti Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA), Profil Integriti Individu (IIP) dan Pembangunan Integriti Bersama Komuniti (CIB IIM). Selain itu, kedua pihak juga turut membincangkan program CSR mengenai pendidikan integriti melibatkan komuniti yang boleh dilaksanakan bersama.

Turut hadir bersama di pihak UMW adalah Puan Farnida Ngah, Group Chief Financial Officer, En.Idzam Yuhaizi Mohd Yunus, Group Head, Group Risk Management & Integrity. IIM pula turut diwakili oleh En. Mohd Rais Ramli, Ketua Seksyen Perancangan & Strategik Korporat dan En. Izal Arif Zahrudin, Pegawai Tugas Khas KPE.