6 Januari 2022: Institut Integriti Malaysia (IIM) menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Pahang yang diwakili oleh Datin Hajjah Nor Aza dan Puan Razimah pada hari ini. Kunjungan hormat tersebut disusuli dengan perbincangan mengenai Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA), yang akan dijayakan di peringkat kebangsaan pada tahun 2022. IIM diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Nor’afiza Saim, Pengurus Besar Kanan, Bahagian Operasi, Tuan Haji Hamilye Sham Harun dan pegawai-pegawai kanan IIM. Anugerah berprestij ini akan dijayakan dengan usaha sama dan kerjasama di antara IIM dan Yayasan Pahang.