IIM menerima kunjungan hormat daripada UNITAR International University Petaling Jaya, yang diketuai oleh Encik Muhammad Fazaizul bin Razali Pengurus (Pembangunan Perniagaan) UNITAR, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 1, Menara Integriti.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan kolaborasi (smart partnership) dengan IIM. UNITAR juga mencadangkan kerjasama untuk memenuhi keperluan pendidikan yang merangkumi penyelidikan, program pembangunan profesional, projek “Micro Credential” khas, program akademik untuk warga IIM serta program latihan industri untuk pelajar-pelajar UNITAR.

Tuan Haji Hamilye Sham Harun, Pengurus Besar Kanan, Bahagian Operasi turut hadir dalam perbincangan tersebut.