Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Jabatan Premier Sarawak yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Semawi bin Mohamad pada 20 Januari 2023.

Delegasi UNIONS telah disambut oleh YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, KPE IIM. Perbincangan menjurus kepada persiapan pihak UNIONS bagi penganjuran Majlis Amanat Perdana Integriti 2023 (MAP-i23) pada awal tahun 2023 yang akan dirasmikan oleh YAB Premier Sarawak.

IIM juga dijemput untuk turut terlibat dalam pengisian program MAP-i23 seperti penganjuran Seminar Integriti Kebangsaan 2023 (SIK 2023), pelancaran Modul Integriti Penguatkuasa (MIP) Sarawak, pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara IIM dan Kerajaan Sarawak serta Bengkel Modul Ketua Masyarakat.

Dalam sesi kunjungan hormat tersebut juga, IM telah menyerahkan laporan akhir program rintis Community Integrity Building (CIB) IIM yang telah dilaksanakan di Sarawak pada tahun 2022. Program CIB IIM disasarkan untuk diperkembangkan ke seluruh negeri Sarawak pada tahun ini.