12 April 2021 (Isnin), 10.30 pagi: IIM menerima kunjungan hormat daripada Trans Certification International Sdn Bhd yang diketuai oleh Encik Mohd Rizal Bin Md Kassim, Pengarah Urusan dan Puan Nur Aqilah Najwa binti Wan Zainal Abidin, Penyelaras Sistem Pengurusan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 1, Menara Integriti.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan mewujudkan kolaborasi pintar dengan IIM. Trans Certification International Sdn Bhd berhasrat untuk bekerjasama dengan IIM dalam usaha untuk mendapatkan pengiktirafan daripada Jabatan Standard Malaysia bagi Pensijilan ISO 37001 ABMS. Trans Certification Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang menawarkan rundingcara, pengurusan kualiti, pensijilan produktiviti dan pengauditan dengan bekerjasama dengan beberapa badan pensijilan lain.
Pengurus Besar Kanan (Bahagian Operasi), Haji Hamilye Sham Harun menerima baik cadangan Trans Certification International Sdn Bhd untuk melaksanakan ISO 37001 ABMS. Beberapa cadangan kolaborasi berkaitan dengan rundingcara dan latihan juga dibincangkan.