Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat daripada Professor Dr. G. Suresh Kumar daripada Jabatan Parasitilogi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) yang juga merupakan konsultan dan pengasas kepada SPEAARS International (Malaysia) pada 5 Januari 2023.

Antara perkara yang telah dibincangkan termasuk cadangan pelbagai program kerjasama antara IIM dengan pihak universiti termasuk Universiti Malaya bertujuan menyebarluaskan agenda integriti di peringkat pendidikan tinggi.

Selain itu, IIM juga dijemput untuk membangunkan modul khas untuk pemimpin dan komuniti pelbagai agama di Malaysia.