YBhg. Datuk KPE IIM telah menerima kunjungan hormat oleh Ms Hannah Birdsey, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia dan Mr Luke McGreevy, Setiausaha Kedua (Politik dan Ekonomi) pada 21 September 2022 di Menara INTEGRITI.

Sesi pertemuan tersebut menyaksikan perbincangan khususnya dalam pengenalan status pembangunan integriti dan governans di Malaysia serta halatuju baharu IIM dalam memperkasa aspek Pendidikan, Advokasi dan Latihan, Penyelidikan dan Penerbitan serta Kerjasama Strategik.

Turut dibincangkan adalah peluang kerjasama dalam bidang latihan dan penyelidikan antara IIM dengan universiti dan agensi berkaitan integriti dan governans di Australia.