NGO Friendship Group for Inter-religious Service (FGIS) yang diketuai oleh YBrs. Prof. Dr. Suresh Kumar telah mengadakan kunjungan hormat kepada Institut Integriti Malaysia (IIM) pada 24 Februari 2023. Pertemuan yang telah diadakan di Dewan Murni IIM merupakan susulan kepada jemputan FGIS supaya IIM membantu membangunkan satu Modul Pengukuhan Nilai Murni Masyarakat.
Sesi ini juga melibatkan maklumbalas dan dapatan dari wakil-wakil FGIS yang terdiri daripada pelbagai agama dan masyarakat mengenai kerangka modul yang dicadangkan.
Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mas Affendi bin Masarudin, Pegawai Tugas-tugas Khas, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif IIM dan pegawai-pegawai Seksyen Pembangunan Komuniti (SPK) yang diketuai oleh Encik Muhammad Qayyum Salim.





