IIM menerima kunjungan hormat dari Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) yang diketuai oleh Mejar Jeneral Dato’ Hj Nawawi bin Haji Daud selaku Ketua Pengarah KAGAT bertempat di Bilik Mesyuarat Utama 1.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan KAGAT dan IIM dalam usaha untuk membangunkan Pelan Integriti dan Tadbir Urus (PITU) melalui sistem Pendidikan Islam yang berorientasikan kerohanian dalam aspek integriti, tadbir urus dan antirasuah.