YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Putrajaya pada 1 September 2022.
Kunjungan hormat ini diadakan sebagai memenuhi jemputan YBhg. Dato’ Md Silmi Abd Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) TERAJU untuk membincangkan tentang penambahbaikan Prosedur Operasi Standard (SOP) di TERAJU serta pelbagai bentuk kerjasama lain yang boleh dilaksanakan antara kedua-dua belah pihak.
Sesi ini turut dihadiri Encik Megat Mohd Yatim Megat Hamid, Pengarah Kanan, Penyampaian Strategik, Puan Norfaazah Basir, Pengarah Kanan Khidmat Korporat serta beberapa pegawai kanan TERAJU.
Manakala pegawai IIM yang turut hadir adalah Encik Mas Affendi Masaruddin, Pemangku Pengurus Besar Khidmat Korporat, Encik Mohd Rais Ramli, Ketua Seksyen Pemasaran dan Jualan, Puan Norashikin Baharudin, Ketua Seksyen Dasar, Pembangunan Produk & Penyelidikan, Encik Mohd Hafizdi Che Md Akhir, Ketua Seksyen Sistem Pengurusan Integriti dan Encik Zubayry Abady Sofian, Ketua Seksyen Komunikasi Korporat.


