YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 26 September 2023 di pejabat KBS.

Tujuan utama perbincangan adalah mengenai pembentangan kertas cadangan IIM berkaitan pelaksanaan feasibility study (Kajian Kebolehlaksanaan) untuk mewujudkan Malaysia Sports Integrity di Malaysia. IIM turut menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang disediakan dalam usaha peningkatan integriti dan tadbir urus serta perbincangan mengenai pelbagai bentuk kolaborasi strategik antara IIM dan KBS. Pembentangan telah dibuat oleh Pn. Norasikin Baharudin Ketua Seksyen Dasar dan Penyelidikan IIM.

Turut hadir ialah Pengurus Besar Khidmat Korporat Encik Mahummar Gadaffi Sorilaut Omar, Pengurus Besar Operasi, Encik Izal Arif, Encik Zubayry Abadi Sofian (Seksyen Perancangan & Strategik Korporat), Encik Mohd Rais Ramli (Seksyen Program Bitara & Komuniti Kamarulzaman (Seksyen Dasar & Penyelidikan).