Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datuk Ir. (Dr.) Khairol Anuar bin Mohamad Tawi, Pengerusi SIRIM QAS International pada 15 Februari 2023.

Kedua belah pihak telah membincangkan pelbagai bentuk kerjasama strategik yang boleh dijalinkan termasuk penganjuran bersama satu persidangan berkaitan perkembangan terkini Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) yang bakal melibatkan panel pembentang dan peserta dari negara luar, terutamanya dalam kalangan negara ASEAN.

Turut dibincangkan adalah peranan yang boleh dimainkan oleh kedua-dua pihak dalam meningkatkan pembudayaan integriti dan tata kelola melalui penyertaan organisasi sama ada sektor awam dan swasta dalam pelaksanaan MS ISO 37001: 2016 Sistem Pengurusan Antirasuah.

Turut hadir bersama adalah Puan Hajah Fadhilah Muhammad, Ketua Pegawai Eksekutif, SIRIM QAS International dan Encik Mohd Hafizdi Che Md Akhir, Ketua Seksyen Pengurusan Integriti IIM.