Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan sesi kunjungan hormat kepada Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), YBhg. Dato’ Pauzan bin Ahmar pada 21 Februari 2023.

Pertemuan bertujuan untuk meneroka ruang kerjasama strategik dan membincangkan mengenai usaha pemantapan integriti penjawat awam melalui instrumen Individual Integrity Profile (IIP) yang dibangunkan oleh IIM.

IIM telah diwakili oleh Encik Mohd Rais Ramli, Ketua Seksyen Perancangan dan Strategi Korporat (SPSK) dan Puan Nelly Mansin, Ketua Seksyen Penilaian Instrumen Integriti (SPII).