Pada hari terakhir rangka lawatan kerja pendek IIM ke Sarawak, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, KPE IIM telah mengadakan kunjungan hormat ke Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), Jabatan Premier Sarawak pada 8 Mac 2023.
Sesi kunjungan tersebut telah disambut oleh YBhg. Datu Jack Aman Luat, Pengarah UNIFOR dan barisan pegawai kanan UNIFOR.
Sesi perbincangan menjurus kepada kerjasama strategik antara IIM dan UNIFOR termasuk perkongsian kepakaran dalam pelaksanaan Modul Kepimpinan Masyarakat yang sedang dibangunkan oleh IIM dan UNIONS.


