5 Mei 2021: IIM membuat kunjungan hormat ke Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC). Beberapa bentuk kerjasama telah dibincangkan antaranya kerjasama bagi membangunkan OACP dan ABMS oleh agensi-agensi di bawah selian EAIC, program latihan dan kajian-kajian berkaitan governans, integriti serta aduan salah laku.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Pengerusi EAIC serta pegawai-pegawai kanan EAIC yang hadir atas input-input yang diberikan sepanjang perbincangan.

Diharapkan pertemuan ini akan membuahkan hasil yang positif di masa akan datang.