Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat YBrs DCP Dato’ Fadzil Bin Ahmad, Timbalan Pengarah, Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertempat di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2022.
Kunjungan hormat ini susulan perancangan pelaksanaan program Modul Integriti Penguat Kuasa (MIP) yang dibangunkan oleh IIM kepada anggota PDRM. Program MIP ini telah dilancarkan pada 30 Jun 2022 oleh YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam merangkap Ahli Lembaga Pengarah, Institut Integriti Malaysia (IIM). MIP merupakan modul latihan yang dibangunkan khusus kepada agensi-agensi yang menjalankan fungsi penguatkuasaan.
IIM telah diwakili oleh Tn. Hj. Hamilye Sham Harun, Pengurus Besar Kanan (Operasi), En. Harisham bin Ibrahim, Ketua Seksyen Risiko dan Pematuhan serta En. Meor Shahram Faiz bin Meor Shariman, Konsultan IIM.
