YBhg Datuk KPE IIM telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat YBhg. Profesor Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman , Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 20 Februari 2023.
Perbincangan kedua pihak menjurus kepada pelaksanaan modul Sijil Profesional Kepimpinan Integriti (SPKI) anjuran bersama IIM dan UKM yang bakal ditawarkan pada pertengahan tahun ini. Turut dibincangkan cadangan kerjasama strategik lain antara IIM dan UKM.
Turut hadir bersama daripada IIM, En. Fison Hamdi Ahmad, Ketua Seksyen Advokasi dan Latihan, En. Izyuandi Izham, Pegawai Undang-Undang dan En. Izal Arif Zahrudin , Pegawai Khas KPE IIM.




