YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, KPE IIM telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat YBhg. Datu Haji Abdul Hadi bin Datuk Haji Abdul Kadir, Pengurus Besar, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) pada 7 Mac 2023 di Menara SEDC, Kuching, Sarawak.

Agenda perbincangan menjurus kepada pelaksanaan Modul Latihan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan Tatacara Mencukupi bagi anak-anak syarikat dan usahawan SEDC serta pemantapan pelaksanaan inisiatif Environmental, Social and Governance (ESG) di SEDC dan semua anak syarikat dengan bantuan IIM.

Pelaksanaan Modul Kursus Komprehensif Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di bawah program Pembangunan Usahawan SEDC juga turut dibincangkan.

Turut hadir Puan Hajah Rakayah Hamdan, Timbalan Pengurus Besar SEDC dan barisan pegawai kanan SEDC.