YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat YBhg. Dato’ Nor Azmi bin Diron, Ketua Setiausaha, Kementerian Ekonomi pada 28 Ogos 2023 di Putrajaya.

Pertemuan ini telah membincangkan cadangan pembangunan Program Integriti dan Governans Baharu dalam Kajian Separuh Penggal (KSP) bagi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Delegasi IIM turut disertai oleh Encik Mahummar Gadaffi Sorilaut Omar, Pengurus Besar Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan (PBKK), Encik Izal Arif Zahrudin, Pengurus Besar Bahagian Operasi (PBO) IIM dan Puan Norasikin Baharudin, Ketua Seksyen Dasar dan Penyelidikan.